Wednesday 16 April 2014

Diet Atkins

Salam
Hi readers..
Ini entri diet.. As we know, isu diet  ni normally raise by people yang very concern about their health or body.. kan??
So.. myself have to start againnnnnn!!! ohh..why again? sebab before this dh mcm2 diet sy buat but harus lah separuh jalan.. Bhahaha... Yeah.. sy bukan yang jenis kuat semangat kot.. konon nak selim melim tapi hancussss... hehe... actually im not sure why metabolisme sy x mcm model2 kat luar sana.. u'olls makan semangkuk sepinggan pun tade effect!  T______________T
so jelouss...
And this month dah mula start diet yg smakin popular diluar sana..  ye ker?? orr....sy yg tlambat ni..hehe... DIET ATKINS... apa yg sy faham diet atkins ni high protein, low karbo.. apa itu protein and karbo sila tanya en.google.. sy mls nk taip pepanjang... hiks!



Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.





Nak lebih detail sila refer sini.. Bicikut
Sy pun masih dalam proses pembelajaran.. kalau u'olls ada new info boleh share2 ya...

Ok.. get to go..

xoxo,
Intan